19 Ogos 2009 (Rabu)
Pada tarikh yang disebut di atas, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMKBTP telah mengadakan lawatan ke Pusat Serenti Serendah. Seramai 30 orang ahli PRS yang menyertai lawatan selain 9 orang ahli Pengakap SMKBTP. Sepanjang lawatan ini, pelajar dibawa melihat kawasan sekitar Pusat Serenti Serendah dan mendengar taklimat daripada En Khairul (Pegawai Pusat Serenti Serendah). Lawatan ini amat bermakna bagi pelajar kerana ianya memberi pengalaman tentang keadaan penghuni dan senario sebenar di dalam Pusat Serenti selain daripada mendapat input-input yang berguna. Semoga lawatan ini dapat membuka minda semua pelajar tentang DADAH dan mengingatkan tentang bahayanya penyalahgunaan DADAH.